Friday, October 30, 2009

::short and sweet::


Khai and me, Satay Kajang Hj Samuri.


It is not Khai that I meant as short ;) but my conversation with her yesterday. We rarely now could catch her time. Cikgu Khai was busy always. Missing you, Khai!


However yesterday her ym status was, " kalo cinta pada bunga,bunga akan layu..."

And that made me curios to ask,

"kalau cinta kepada khairani?"

"kalau cinta kepada khairani..sayang selamanya"


A short and sweet answer. as you, Khai!



Then later, she pasted me the quotes from Cinta Sempurna, scripted by Ustaz Hazrizal Abd Jamil.

khairani: kalo cinta pada bunga,bunga akan layu...
khairani: kalo cinta pada harta,harta akan musnah...
khairani: kalo cinta pada manusia, manusia akan mati..
khairani: kalo cinta pada Allah, kekal abadi...


Yup, a short and sweet one, agree?

p/s: Khai, knowing you, I believe you will sayang selamanya. ALLAH knows best.

Wednesday, October 21, 2009

Zaman dolu-dolu.

An entry for a friend who burst into laughter after reading my "zaman-zaman Spider & M. Nasir"

*wink*

To be fair, here it goes. Jiwang sehhh.

Mari berbuai dan menyanyi di bawah pokok.


Istilah Bercinta - Ramli Sarip

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan
Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan


Sesak - UK's

Bilakah kalut hidupku akan berakhir
Kemana kumelangkah pasti ada yang benci
Inikah suratan atau dugaan tuhan
Walau bibirku mengukir senyum hatiku menangis

Tak siapa tahu keikhlasanku padamu
Cerita tak berasas dan tuduhan buta
Dihulur pada mu yang ingin kuhampiri
Malah diracuni fikiranmu agar aku tersingkir

Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang
Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan
Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu
Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan

Lambat laun nanti kebenaran terserlah
Di situlah juga akan kau sedari
Betapa tulusnya pengorbananku ini
Memperhambakan diri tak mengenal jemu
Ketahuilah kesetiaanku ini
Tidak pernah luntur ditelan waktu

Bagaikan batu besar menghimpit dadaku
Tiap hari berganti makin beratnya
Selagi tak terbukti keikhlasan hatiku
Selagi itu keresahan dan sesak di dalam ( 2X )

So, ada "zaman-zaman Ramli Sarip & UK's" dah skang..





Hihi.

Wednesday, October 14, 2009

Dari Dia kita datang..

kepada Dia kita kembali..


Assalamualaikum kawan-kawan,


Hari ini bersamaan 13 Oct 2009, seorang sahabat kita Suraya Mohamad ( KPM UPM 2002/06) telah kehilangan suami tercinta, arwah Rizal ( Aerospace Eng UPM 2002/06) buat selama-lamanya. Allah lebih menyayangi hambaNya dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..AMIN... Al-fatihah..

Rentetan berita sedih ini, kami dgn ikhlas hati ingin membuat kutipan derma kepada Suraya . Diharap sumbangan ikhlas ini dapat meringankan beban Suraya kelak. Kata sepakat telah diambil melalui perbincangan dengan Cipah (Sharifah Hafiza- KPM UPM 02/06) iaitu urusan kutipan derma bolehlah disalurkan ke akaun MAYBANK 164418054784 NIK ROHAIZA BINTI NIK MUHAMMAD ROSLI No phone: 013-9565618.


Untuk memudahkan urusan, kutipan derma ini akan dibuka bermula pada hari ini Selasa 13/10/09 dan akan ditutup pada 21/10/09 Rabu . Kutipan derma ini dibuka selama 1 minggu untuk memudahkan urusan pemilik akaun untuk mengemaskini segala urusan kutipan derma dan proses penyerahan kepada Suraya kelak.

Terlalu menginsafkan. Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri ini, ada insan-insan yang bergelut menanggung kepayahan dugaan hidup. Lelah dan sesak aku saat memejamkan mata malam tadi terasa terlalu sedikit untuk di bandingkan dengan apa yang mereka lalui.

ALLAH, kau lah yang MAHA Mengetahui.

Ralat sebenarnya, kerana saat mereka-mereka yang prihatin ini ingin menyampaikan berita sedih itu, aku terleka seketika dalam kemeriahan sambutan raya.

Sebaik mengetahui jenazah ada di Hospital Serdang, aku bergegas ke sana. Namun aku terlambat, jenazah baru sahaja di bawa ke Perak untuk dikebumikan. Dan ralat aku berterusan kerana aku baru sahaja usai memarkir kereta di perkarangan hospital.

Sesungguhnya, ALLAHlah yang MAHA Mengetahui, mungkin aku juga tidak cukup kuat untuk sama-sama berada di sisi Suraya ketika itu.


Setahun yang lalu, gambar 11 Aug 2008, ketika aku, Zura dan Ina menghantar hadiah perkahwinan mereka.


Suraya, kuatkan lah hatimu. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Al fatihah.




Kembara kita masih jauh. Semoga perjalanan kita di berkati-Nya. Amiin.