Showing posts with label inspiration. Show all posts
Showing posts with label inspiration. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Kaya dan semakin kaya?


This is a copy and paste post, taken from Terengganu FC fb (will update the link later). How inspiring!

I once had said to hubby that, we have to work hard for the next generation. Macam family SM, Naza Group tu, kaya dan semakin kaya. Tapi maybe the hardwork is not start directly from Allahyarham SM Nasimuddin, maybe the forefathers before..So, kiranya, konon nak menjadi 'the forefathers before' tu la. Yang tidak disebut, tetapi sebenarnya penyumbang kepada kekayaan legasi akan datang.

But, after reading this, mesti kene kaya ke?

Erti hidup pada memberi, SaifulIslam

True!!!

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

 

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..

 

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

 

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

 

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

 

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

 

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

 

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

 

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.



InsyaALLAH, semoga sedikit sebanyak ia memberi kesan dalam hidup kita.

Thursday, July 29, 2010

Five Principles Of Life On Money

A forwarded email that matches my theme of the week..

"Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit"

  1. No point using limited life to chase unlimited money.
  2. No point earning so much money you cannot live to spend it
  3. Money is not yours until you spend it.
  4. When you are young, you use your health to chase your wealth; when you are old, you use your wealth to buy back your health.
  5. How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.
Makin di fikir kan, makin pening...
InsyaALLAH, kalau dah rezeki, akan ada jugak...kan?

Tuesday, March 23, 2010

Hypegia-Gerontophobia: The killer question hits me!

People say, do not ask a woman on how old is she; and do not ask a man on how much he earns.

Heh, but it is okay for me. I am now counting days for my 27th bday this May. Oh my, 27? Frankly, part of me saying, I am young. Young at heart of coz. *wink*

Hari gila ketika di seberang tambak


Menggila di PD - strolling in straw hat


But, seriously, I felt myself young. Gerascophobia- Fear of growing old. Gerontophobia- Fear of old people or of growing old. It is not actually I am ‘that’ phobic, it is just being not ready for the big responsibilities that lie ahead. Here comes of another phobic word: Hypengyophobia or Hypegiaphobia- Fear of responsibility.

So, I am hypegia-gerontophobia – fear of responsibility when growing old?

Haha. Exaggerating, yups I know.

Yeah, like it or not we are moving on, we are getting older each day and we are going to be awarded with full of responsibility. That is the nature. Sunnatullah dan hakikat. Mana ada orang semakin muda, kan?

The killer question hits me.


Bila nak kawen?

Haha, tipu kalau aku kata ini soalan pertama. Tadi baru je aku kene tanya. Ini soalan keratus-ratus infact ribu-ribuan kali aku kene soal. Kat mana-mana je soalan ni selalu berlegar-legar. Baik di ofis, jumpa kawan-kawan lama, jumpa cikgu-cikgi apatah lagi balik kampung jumpa makcik-makcik tembok tepi jalan.
Ini soalan favourite!



Jawapan aku, InsyaALLAH. Senyum.

Or some will be asking directly, such as this:




Yelah, apa jawapan paling baik nak bagi, kan? Takkan nak jawab seperti di atas: Saya hypegia-gerontophobia! Kalo makcik2, confirm makcik tu jegil mata balik kat aku, lama pulak aku nak bersoal jawab. Aku selalu cepat-cepat blah je kalo sesi soal jawab jodoh oleh makcik-makcik tembok ni bermula.

Tapi, sebenarnya, aku tak rasa pressure pun. Selalu kan dengar orang pressure bila orang tanya bila nak kawin. Aku tak. Aku ok je. Heh. Jijah je selalu pressure. Aku ok. I can deal with it.

Orang selalu cakap, ko memilih kot?

Aku memilih ke?

Ms. X1: Kalo akak diberi pilihan la dulu, baik pilih yang tua kaya, daripada muda. Orang muda biasa takde duit

Ms. X 2: Ko ingat kalo cari lelaki kaya, dia akan menambahkan kekayaan ko ke? Silap-silap dia akan amek kekayaan ko (yang sikit tu) tuk tambah kekayaan dia.

Adakah kene kaya?

Aku : Saya tak jumpa Mr. Right

Ms. X3: Jangan cari Mr. Right. Takut tak jumpa-jumpa. Mr. Okay will do.

So, Mr. Okay?

Ms. X 4: Ko nak cari yang macam mana? Handsome? Aku ada kawan pramugara. Ke ko nak yg glamour? Aku ada sepupu/sedara kerja kt TV3

Mr. Handsome & Mr. Glamour?

Sekulmate : Ko nak doktor?

Mr. $$$$ and educated?

Jiran 1: Makcik ada calon nak kenalkan. Takde la gaji besar,kerja biasa-biasa je tapi perangai baik la. Kamu nak?

Mr. Good Attitute?

Ms. X5: I ada kawan. He’s a widower. Anak tiga. Tapi dia baik la.

Mr. Come in package?

Banyak lagi offer yang pernah datang, aku rasa offers ni datang kerana mereka concern.


Terima kasih.

Sesungguhnya, aku yakin, benda yang baik-baik ALLAH akan permudahkan jalannya. Insya ALLAH.

Doakan aku bertemu Mr. Okay yang Good Attitute, tak perlu ber$$$$$ sangat, stabil cukuplah, tak apalah kalau bukan Handsome & Glamour pun, cukuplah sekadar sedap mata memandang but No package please!

Yakin dan percaya, jodoh yang baik akan dipertemukan dengan orang yang baik-baik juga, InsyaALLAH.


p/s: Mungkin mencari jodoh untuk diri sendiri lebih mudah kalau tak perlu memikirkan yang dia akan jadi menantu mak abah aku, abg long untuk adik-adik aku. Tapi, why rushing? No harm of waiting, mungkin ALLAH mahu panjangkan masa bermanja dengan ibu ayah dan adik2. ALLAH KNOWS BEST! And seorang sahabat baik pernah memberitahu, bukan mak ayah kita je yang ada ciri-ciri yang diperlukan, tapi mak ayah dia juga, so, perbaiki akhlak sendiri, penuhkan ilmu duniawi dan ukhrawi, InsyaALLAH.

Monday, January 25, 2010

Reaching for the stars..

Location: Esplanade Theater
Photographer: Pn. Azlina Baharin


Heh. Read an inspiring story this morning, make me sought for this picture.

Theme for the year: 2010-Reaching for the stars, bleh?
Haha.

Ok. a short note will be enough. and a picture for those who miss me.
So that people know that I am living my life happily. *ngeeee*
Insya ALLAH.

Tuesday, January 5, 2010

2010-Proper beginning, InsyaALLAH!

Salam.



Begin the year with a proper planning. Marking all the milestones to achieve this year. Restating all last year's resolution that still under progress or unachieved.

Charting life.

Dian reminded me, "2010 is execution year.." While Jijah said to me, "2010 is a year of planning the next 27 years of life, InsyaALLAH"

Both were right.

Year of planning the future, Insya ALLAH.


Monday, December 7, 2009

Kemelut Nur Kasih: Adam, Nur & Aidil?

Salam to all.

This phenomenal series was already ended. Even though the synopsis was already spreading in the email chain, I believed everyone would like to see the finale. Heh, no more rushing before 9pm on Friday after this :D


Ada Aidil antara Adam dan Nur.
Ada Katrina antara Adam dan Nur or
Ada Nur antara Adam dan Katrina.
Ada Nur antara Aidil dan Aliya.
May it be real?

I believe it so..

Cerita mungkin berpaksikan kisah nyata di bumi, kan?

When it is the time for Adam and Nur, the past of Aidil and Nur popped up.
When it is the time for Aidil and Aliya, the past of Aidil and Nur popped up again.

Past is past, what determine us is the future, right?

But, can we move on for future if we cannot forget the past?

ALLAH knows best.

Tuesday, November 10, 2009

Adikku..dengarlah

Semuanya kerana ini..

Khusus untuk adik-adik saya.


PizzaHut ECM


Mereka kenal saya sebagai along yang cembeng dan emosional. Saya pernah menangis bersungguh-sungguh dan menyebabkan satu keluarga bersedih di Hari Raya hanya kerana satu cerita bodoh. Ya, saya menyesal kerana menangis bersungguh-sungguh hari itu. Mungkin selepas ini, tiap-tiap kali raya air mata saya akan tumpah sebab teringatkan cerita bodoh yang mengharukan itu.

Ada banyak lagi episod saya mengalirkan air mata kerana benda-benda kecil disaksikan mereka.
Tapi sebenarnya sebab saya emosional lah saya boleh jadi begini..

Saya belajar menjadi kuat, sekalipun air mata tetap mengalir. Saya belajar menjadi tabah, biarpun setiap kali dugaan mendatang saya rasa mahu runtuh juga. Saya bertatih mencari kesabaran, biarpun seringkali tenggelam dalam amarah. Saya belajar menjadi yakin, sekalipun dalam hati, betapa ALLAH mengetahui saya rasa terlalu kerdil di sisi manusia lain. Saya percaya ALLAH Maha mendengar, maka saya cuba juga perlahan-lahan.


Shu (kawan adik saya), thanks for the compliment, you never know how big responsibilities that facing me every now and then. I believe you will also be the same way. Just be yourself, k?

Bukan niat membangga diri, sekadar berkongsi kisah, an average jane story.


We were born with specific priviliges, with that comes the specific obligation. Kita memang dilahirkan dengan tugas dan tanggungjawab tersendiri, bersedialah. Semoga langkah kita sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya.

Orang yang tenang dan bahagia dalam kehidupannya ialah orang yang mengikut tujuan - Hukama'


Rindunya pada mereka...


Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, Murka Allah terletak
pada murka ibu bapa..

Astaghfirullah....

Cancel cuti kerana kerja, inilah akibatnya..homesick!

Wednesday, November 4, 2009

Ada apa dengan RM1?

Salam.

Syawal is over and now is Zulhijjah, but I still plan to update on the Syawal entry later. Am still collecting pictures of all openhouses that I managed to attend. Heh. so wait yeah for your pictures. probably I'll just make it a lumpsum entry for Aidil Adha together. yeah.


Few weeks ago I came across to an ad in the telly for free seminar of managing money for women. So, the next day I searched for the form and forwarded it to the circle that I-believe-not so-good-in-managing-money *wink* :D


There was four of us who were able to join and we were really excited and looking forward for the day. Sebenarnya macam dah lama tak duduk dengar lecture macam kt U dulu dengan kawan-kawan, so sangat excited! The seminar was scheduled at 9am and we met at the meeting point (Serdang) around 8.30am and straight to Royale Bintang Hotel, Seremban. Thanx to myGarmin for being such a good assistance.


Seminar BMW by SIDC



The attendees: Ina and Me (muka bangun tdo la plak)


and these two ladies: Dian and Zura

It went well. Banyak la juga ilmu yang dapat, kitorang ni buta-haprak-gegile bab2 money, investment etc. At least, from zero to five and maybe next time ten, kan? But, the best part is, trying to remember what pictures/graphics that we have in RM1.

Zura's artwork (habaq kt chek, ni matawang negara mana?)

Dian's (adala betul 1, bolehla :D)

Ina's RM1

And finally, this is my masterpiece...


Not 1 tu dh mcm 1Malaysia, rupanya satelit kat duit RM2. Gambar bunga raya tu bukan penuh pun. The governor is actually looking at the other side! Kan?


People, it is just a RM1, but I cannot remember in detail. what if RM50?RM100?yang jarang-jarang dapat lama-lama tsimpan dalam purse tuh.


See, we always take things for granted..Masya ALLAH.


Updated.


Later, we mengabiskan duit ke karaoke. Rasa macam awal je nak balik umah lagi. Not my cup of tea, so, I prefer to sing without the microphone. Then, taking pictures of these two ladies who enjoying singing like eating at macik gemok!

Lepas penat nyanyi, makan kt umah aku kan?????

Tuesday, September 15, 2009

"Hati tak sekolah.."

Salam Ramadhan.

This entry is specially requested by Dian.

Terasa sesak kepala apabila tiap baris ayat bagaikan mahu melonjak keluar minta dihamburkan. Seperti ada tugasan esei pula yang perlu diselesaikan. Ini entri pertama sepanjang Ramadhan 1430H itupun Ramadhan hampir berlabuh tirainya. Bukan tidak mahu menulis, tapi bagaikan tercari-cari dan tak jumpa entri berkualiti untuk dipaparkan. Biar Ramadhan jadi wadah untuk kita berfikir bukan setakat lapar dan dahaga kemudian mengenyangkan perut kala berbuka.

Mujur ada Dian dengan kacau bilau fikirannya semalam.

Terima kasih, Dian kerana mahu aku berkongsi sepotong ayat yang dia rasakan sedap di dengar. Tapi sebenarnya, bila difikir-fikirkan balik, tak betul rasanya.

I used to repeat those words to my ex before. Kerana rindu dendam yang tak terbendung, asyik masyuk bercinta, apa kata akal semua tak selari dengan hati, maka timbullah,

"Hati tak sekolah. Tak boleh nak ajar-ajar. Jangan rindu,
jangan kecik hati, jangan jealous"

Being me, the implusive type, the verse is repeated again and again.


Sampailah semalam, saat Dian sebut, "Cipah tulis pasal hati tak sekolah. Nak baca"


Hati ataupun qalb adalah antara Harta ALLAH paling penting yang perlu kita jaga, guna dan bangunkan selain akal.

Menjaga, mengguna dan membangunkan akal...dengan berfikir.

Menjaga, mengguna dan membangunkan hati...dengan berzikir!

Dan zikir akbar ialah..solat.
- Abu Faiz, Salam Perdana

Aku rasa, kita salah dengan mengatakan hati tak sekolah, kawan-kawan aku.


"Hati tak sekolah " mungkin sekadar ayat-ayat sedap mulut. Ayat-ayat menanam tebu di tepi bibir kala bercinta. Ayat-ayat cinta monyet. Ayat-ayat kala akal dan hati tak seiring, tapi nafsu yang beraja.

Jadi, Dian, betulkan semula fikiran kita. Mari kita sekolahkan hati kita dengan zikir dan solat..Insya ALLAH.


Maafkan aku kerana pernah kenalkan korang dengan phrase itu.

Semoga kau jumpa ketenangan yang kau cari dalam sujud-sujud kau, Dian.


Teruslah sekolahkan hati kita. Kerana sekeping hati itu, membentuk siapa kita. Sekeping hati yang baik akan menjadikan seluruh badan kita baik dan juga sebaliknya.


Hijjaz - Mata Hati


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu menipu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih..

p/s: Aku pernah tulis pasal hati juga sebelum ni, tapi disini dan disini. Ayat-ayat cinta juga! Masya ALLAH..










Wednesday, August 12, 2009

Berilmu..

..tapi tak bijaksana!
Knowledgeable but not wise.
Boleh kan?

Sekali lagi, ini bukan pengadilan, hanya cetusan rasa selepas tercetusnya tragedi.

Ini fenomena biasa. Aku kira ramai yang pernah berhadapan dengan keadaan-keadaan yang mendefinisikan suasana berilmu tapi tak bijaksana itu. Rasanya tak perlu aku contoh kan dengan keadaan apa-apa, cukup untuk di selami sahaja.


Apa agaknya ukuran berilmu itu? Segulung kertas di hari konvokesyen? Tindanan A dalam buku laporan tahunan? Tapi aku fikir itu tidak menjanjikan kita bijaksana. Aku menilai kebijaksanaan itu dalam pemikiran dan gerak akal dalam membuat keputusan. Maka, kebijaksanaan itu tidak terlahir dengan sekadar gulungan kertas itu. Tapi, seharusnya gulungan kertas yang kita lambung di hari konvokesyen itu membantu menjadikan kita lebih bijaksana, kan?

Asas kepada cerita aku ini adalah daripada sepotong ayat yang sangat menyedarkan..
"Yang tua dituakan, yang ketua, diketuakan.."
Kita mungkin tidak sebijaksana mereka, tapi dalam proses menjadi bijaksana itu, kita perlu lalui liku-liku dan salah silap yang mematangkan, kan? Ruang itu perlu, boleh dijustifikasi, tapi tidak perlu sampai menghakimi, menyamaratakan. Itu tidak patut, kan? Maksudnya, kalau aku salah, buktikan kesalahan itu, tapi tidak perlu generalize kan yang aku tidak boleh buat, kan?

Ada ketua yang tua juga! =)


Entah ya, tapi, aku fikir begitu.

Kamu, tahniah kerana bertanggungjawab. It was really gutsy to admit our flaws.

Bonus kepada yang bijaksana, kerana pengalaman itu banyak mendidik dan mematangkan. Salah satu proses membijaksanakan kita. Tapi itu bukan janji untuk kita menunjukkan besar kita. Kita mungkin pernah melalui juga zaman-zaman tidak bijaksana. Kita manusia biasa, hanya Nabi Muhammad yang dijanjikan syumul, jadi layakkah kita besar kepala? Salah dan silap tidak pernah lekang daripada fitrah manusia, bukan begitu?

"Orang muda mungkin banyak ilmu, tapi kurang bijaksana. Moga
Allah terus mendidik orang muda seperti kita agar dengan ilmu yang ada, kita
membangunkan diri menjadi bijaksana, ameen." saifulislam.com

Bukan tua muda menjadikan kita bijaksana sebenarnya. Tapi secara fitrahnya, pengalaman hidup yang sekelumit menjadikan kita yang muda kurang bijaksana. Cara kita berfikir, mendepani masalah dan bertindak mengawal emosi juga indikasi kepada bijaksana.

Terpulanglah..

Ini negara, semua orang bebas bersuara.

Biar kan saja si luncai terjun dengan labu-labunya..

Ini bukan luncai, ya!
Rezeki ini janji Allah..

Golongan pencari rezeki bersama-sama aku

p/s: Gambar sekadar hiasan, tidak ada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang mati. *wink*







Tuesday, July 28, 2009

Melayu atau Inggeris?

Sebenarnya aku baru usai menghadiri Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik anjuran Agensi Nuklear awal minggu lalu. Terus pulang ke kampung tetapi rasanya masa berlalu sangat cepat. Dan kini aku kembali bertugas seperti biasa.

Banyak yang aku pelajari, buat aku jadi bersemangat dan berkobar-kobar. Bukan terus-terusan mahu menulis secara saintifik, tapi aku kembali belajar mengenal jati diri. Dan, siapa yang pernah kenal aku, sebenarnya aku dan penulisan tidak pernah asing, cuma, masa menyebabkan aku jauh dari penulisan. Saban hari aku menulis, kadang-kadang di sini, dan kadang-kadang aku menulis dalam buku buruk di kamar tidur.

Aku menulis berbahasa Melayu hari ini. Kenapa?
"Bukan Melayu kah saya apabila saya berbahasa Inggeris?
Saya masih makan nasi cara Melayu dan hidup secara Melayu?”


Ketua II GAPENA, Y. Bhg. Datuk Dr. Abd Latif Abu
Bakar.

Terasa menusuk kalbu.

Lebih menusuk kalbu,

“kadang-kadang bila kita cuba berbahasa Inggeris, grammar kita pun tidak
betul”

Tahu apa yang aku rasa kan ketika itu?

Ya, aku berbahasa Melayu seharian, dengan teman serumah dan rakan-rakan sejawat juga berbahasa Melayu. Secara rasminya, urusan surat menyurat juga berbahasa Melayu. Bahasa Melayu di sekeliling aku. Aku hanya cuba berbahasa Inggeris ketika menulis blog. Seperti Athirah, dalam satu komentar nya dalam blog aku terdahulu, menulis blog dalam bahasa Inggeris untuk memperkayakan bahasa Inggeris. Ya, aku juga punya rasa yang sama.

Namun, soalan itu kembali menghantui aku bila di gemakan semula oleh Y. Bhg. Datuk. Aku yakin, tiada siapa pun yang akan bertanya kenapa, tapi aku rasa semua orang harus dengar apa jawapannya.

"Ya, jati diri Melayu anda goncang! Anda telah mencemari keMelayuan anda
itu.”

Kalian punya rasa yang sama?

Aku tidak mengiakan mahu menidakkan jawapannya. Di negara ini, semua orang bebas bersuara. Aku yakin, ceramahnya punya kebenarannya. Aku sendiri adakalanya kekok berbahasa Melayu sementelah terma-terma kejuruteraan dan sains banyak sekali dalam bahasa Inggeris. Dan, adakalanya, bahasa Inggeris aku perlu di semak baca dahulu oleh bijak pandai kerana nahunya tunggang langgang ataupun tatabahasanya mengelirukan sebelum menghantar kepada yang hak.

Lalu, di mana aku?

Aku hanyalah insan yang baru belajar, menapak dalam berbahasa- Inggeris atau Melayu. Bahasa perlukan kemahiran dan latihan. Perlu dimahirkan dengan bercakap dan menulis. Aku fikir, isu jati diri tidak timbul di sini, kerana aku yakin, jati diri itu ’di dalam’. Aku tidak pernah malu berbahasa Melayu dan berbangsa Melayu dan aku tidak pernah bongkak berbahasa Inggeris. Cukupkah? Mungkin itu tuntutan duniawi?Lalu dimana pula bahasa jannah itu aku letakkan?

Sesiapa yang sekapal dengan aku, sama-sama lah kita renung kan...aku tidak mengadili, membetulkan atau menidakkan..

Aku rasa disini bahasanya mengasyikkan. Kadang-kadang terbuai dan terbang tinggi.. *kenyit*<-- maafkan aku!

Itu aku, yang sentiasa berwajah Melayu..ke wajah itu sangat kebanjaran?

Tuesday, July 14, 2009

"Ada gelek, ada goyang.."

Hi!



Sounds fishy, huh? Ahha..saje.


Mei and June was away finally. Apart from difficulties in friendster blogs the other day, I was actually attacked by the "o" syndrome. Occupied =) Another excuses for not updating blog.


It has been such a long months. We were busily involved in exhibitions. 15 Mei -15 Jun was Bulan Teknologi Pertanian and soon before the events ended, they hastily announced on 15 June that 15 June to 15 July is Bulan Industri Asas Tani. phewww! Obligated as 'saya yang menurut perintah', so what else can you say, huh?


Then, we have Karnival Sukan Tani on 20-22 June 2009. I participated in lawn bowl tournament inaccidently. They cannot find anymore women to participate in this tournament, again, being 'saya yang menurut perintah', I joined. Luckily, it was such a memorable experience. With the experience of representing centres and programmes, I am proudly representing MARDI. ahaks!





Well, what to say. People can tell that we are novice only by looking at us delivering bowl. They slowly delivered the bowl, while us, hammering the green before the bowl went to its way. We, being realistic, never put any expectation. We just would like to have the experience, improved at every games and networking!

Of course we have theme song for the tournament,

"Wonderpet, wonderpet..kami tak besar dan kami tak kuat.."

"Kerjaaasama!!"


Lawn bowl is never new in Malaysia, but I was introduced to lawn bowl since working in MARDI. The other team was quite established. They already know the green, the tricks and what not. So, kitorang lauk mewah diorang! Sonok diorang.


Well, nevertheless, we managed to make chaos for the semi final and final. Being the underdog team, surely people never expect us to win in our last game. We met FAMA, the defending champion for the last sports carnival. Well, kalo memang rezeki nak menang, menang jugak laa!

We won!
Managed to defeat the defending champion, what an achievement!

Even kakak-kakak abang FAMA pun terkejut. Kitorang, apatah lagi! Kitorang tak plan nak menang, we just would like to improve the scores. From 0, 3, 6 and finally 11. Alhamdulillah..by losing to underdog team, FAMA was not listed in the finals. Pity them! Sebab akak-akak FAMA memang baik, siap perturun kan ilmu lagi. Terima kasih eh kak!




Basically, I enjoy lawn bowl, it is a relax, focused and un-stress game. It is merely your strategy of putting your bowl as close as possible to the jack (marker). And, it is an unpredictable game. It is never an assurance that you can win all the time even you know how the green looks, the opponents, it is a mental game. Be focused and do not stress, just enjoy the game.

That is why it suits the veteran!


Kitorang ni tua sebelum usia kot?


The terms, "ada gelek, ada goyang" was the tagline that our triples team always used in order to motivate the bowlers. It was actually the description on how the bowl resides at the jack area. Kadang-kadang bowl tu gelek-gelek, goyang-goyang dulu before savely stop. *grin*

It was then followed by other team during the tournament. Rugi tak trademark kan the tagline!






Sunday, July 12, 2009

He is..(an updated version)

**I have promised to update this entry with pictures version actually. Forgive me for taking so long to update.**

I had spent time visiting and wandering in Mahad Akmal’s farm on my last trip home. This entry is another request from him. Free publicity nih.




Well, saujana mata memandang, so green! Well, looking at him in his cowboy hat while he was pruning the plant, I am touched. Kawan bergaduh yang duduk belakang aku mase darjah 6 nih dah jadi usahawan! Touched by his desire to stay back home and giving back to the community. I believe when we give back to the community, all hard works paid. And I am proud of you both, as a second generation of FELDA, you play your role and I think all FELDA settlers in Keratong will be benefiting from what you initiated.





I really hope this will be a success.

Dan, untuk kamu-kamu orang luar di sana, kami anak FELDA, bukan lagi penagih dadah yang di gembar gembur kan tu. There are graduates, and even non graduates that do well, so, please, put away those perception!

Dan, untuk kamu-kamu anak-anak FELDA yang masih lagi ke hulu-hilir dengan motor dan kerja kamu hanya berseronok menghabiskan duit mak bapak, memburukkan nama anak-anak FELDA dan orang-orang FELDA, sedarlah, kamu tak akan kemana-mana dan akhirnya jadi sampah masyarakat! (Kalau bleh recycle alhamdulillah, tapi kalau tidak, kamu lah sampah yang perlu di lupuskan!!)

Mahad & Imah, buat betul-betul, ok?


Now, he is..officially husband!




Congratulations to you both. Happy venturing new phase in life!














Friday, July 10, 2009

Finally..

Salam to all.

I am finally, migrated here. It's because my friendster blog exceeded the limit, I cannot posted anymore pictures. Thinking of importing the blog like hers, but I do not have the guts to read and try. So, I think, I better link this blog to the old one, so that you guys can still catch up on me. hehe. poyos eh?

Why blogspot?

A friend keep asking, "dah lame ko xupdate blog kan?". Ikutkan, I can ramble many things, but she said, "blog ko nih asyik membebel je, takde gambar. malas nak baca". So, here it goes. I am not sure whether blogspot do have limitation, but we'll try.

Actually, I am thinking of using wordpress, but before signing up, I find the interface sort of too many things. serabut.semak. *just like facebook nih*. So, I opt for the common service, blogspot.

I do have other blogs actually, from blogdrive. It was loong ago. you cannot find it anymore. I have deleted it. Buat ape ade banyak-banyak la kan.


I also have fotopages. photoblogging. Kengkonon nak stick to one..but, abondoned gak.



So, let alone those webs, I have linked if you feel like to view it..


On the other hand, I owe few entries still, I will update it here from now on.


Gotta go.bye!