Banyak yang aku pelajari, buat aku jadi bersemangat dan berkobar-kobar. Bukan terus-terusan mahu menulis secara saintifik, tapi aku kembali belajar mengenal jati diri. Dan, siapa yang pernah kenal aku, sebenarnya aku dan penulisan tidak pernah asing, cuma, masa menyebabkan aku jauh dari penulisan. Saban hari aku menulis, kadang-kadang di sini, dan kadang-kadang aku menulis dalam buku buruk di kamar tidur.
Aku menulis berbahasa Melayu hari ini. Kenapa?
"Bukan Melayu kah saya apabila saya berbahasa Inggeris?
Saya masih makan nasi cara Melayu dan hidup secara Melayu?”
Ketua II GAPENA, Y. Bhg. Datuk Dr. Abd Latif Abu
Bakar.
Terasa menusuk kalbu.
Lebih menusuk kalbu,
“kadang-kadang bila kita cuba berbahasa Inggeris, grammar kita pun tidak
betul”
Tahu apa yang aku rasa kan ketika itu?
Ya, aku berbahasa Melayu seharian, dengan teman serumah dan rakan-rakan sejawat juga berbahasa Melayu. Secara rasminya, urusan surat menyurat juga berbahasa Melayu. Bahasa Melayu di sekeliling aku. Aku hanya cuba berbahasa Inggeris ketika menulis blog. Seperti Athirah, dalam satu komentar nya dalam blog aku terdahulu, menulis blog dalam bahasa Inggeris untuk memperkayakan bahasa Inggeris. Ya, aku juga punya rasa yang sama.
Namun, soalan itu kembali menghantui aku bila di gemakan semula oleh Y. Bhg. Datuk. Aku yakin, tiada siapa pun yang akan bertanya kenapa, tapi aku rasa semua orang harus dengar apa jawapannya.
"Ya, jati diri Melayu anda goncang! Anda telah mencemari keMelayuan anda
itu.”
Kalian punya rasa yang sama?
Aku tidak mengiakan mahu menidakkan jawapannya. Di negara ini, semua orang bebas bersuara. Aku yakin, ceramahnya punya kebenarannya. Aku sendiri adakalanya kekok berbahasa Melayu sementelah terma-terma kejuruteraan dan sains banyak sekali dalam bahasa Inggeris. Dan, adakalanya, bahasa Inggeris aku perlu di semak baca dahulu oleh bijak pandai kerana nahunya tunggang langgang ataupun tatabahasanya mengelirukan sebelum menghantar kepada yang hak.
Lalu, di mana aku?
Aku hanyalah insan yang baru belajar, menapak dalam berbahasa- Inggeris atau Melayu. Bahasa perlukan kemahiran dan latihan. Perlu dimahirkan dengan bercakap dan menulis. Aku fikir, isu jati diri tidak timbul di sini, kerana aku yakin, jati diri itu ’di dalam’. Aku tidak pernah malu berbahasa Melayu dan berbangsa Melayu dan aku tidak pernah bongkak berbahasa Inggeris. Cukupkah? Mungkin itu tuntutan duniawi?Lalu dimana pula bahasa jannah itu aku letakkan?
Sesiapa yang sekapal dengan aku, sama-sama lah kita renung kan...aku tidak mengadili, membetulkan atau menidakkan..
Aku rasa disini bahasanya mengasyikkan. Kadang-kadang terbuai dan terbang tinggi.. *kenyit*<-- maafkan aku!

Itu aku, yang sentiasa berwajah Melayu..ke wajah itu sangat kebanjaran?












