This entry is specially requested by Dian.
Mujur ada Dian dengan kacau bilau fikirannya semalam.
Terima kasih, Dian kerana mahu aku berkongsi sepotong ayat yang dia rasakan sedap di dengar. Tapi sebenarnya, bila difikir-fikirkan balik, tak betul rasanya.
I used to repeat those words to my ex before. Kerana rindu dendam yang tak terbendung, asyik masyuk bercinta, apa kata akal semua tak selari dengan hati, maka timbullah,
"Hati tak sekolah. Tak boleh nak ajar-ajar. Jangan rindu,
jangan kecik hati, jangan jealous"
Being me, the implusive type, the verse is repeated again and again.
Sampailah semalam, saat Dian sebut, "Cipah tulis pasal hati tak sekolah. Nak baca"
Hati ataupun qalb adalah antara Harta ALLAH paling penting yang perlu kita jaga, guna dan bangunkan selain akal.
Menjaga, mengguna dan membangunkan akal...dengan berfikir.Menjaga, mengguna dan membangunkan hati...dengan berzikir!Dan zikir akbar ialah..solat.- Abu Faiz, Salam Perdana
Aku rasa, kita salah dengan mengatakan hati tak sekolah, kawan-kawan aku.
"Hati tak sekolah " mungkin sekadar ayat-ayat sedap mulut. Ayat-ayat menanam tebu di tepi bibir kala bercinta. Ayat-ayat cinta monyet. Ayat-ayat kala akal dan hati tak seiring, tapi nafsu yang beraja.
Jadi, Dian, betulkan semula fikiran kita. Mari kita sekolahkan hati kita dengan zikir dan solat..Insya ALLAH.
Maafkan aku kerana pernah kenalkan korang dengan phrase itu.
Semoga kau jumpa ketenangan yang kau cari dalam sujud-sujud kau, Dian.
Teruslah sekolahkan hati kita. Kerana sekeping hati itu, membentuk siapa kita. Sekeping hati yang baik akan menjadikan seluruh badan kita baik dan juga sebaliknya.
Hijjaz - Mata Hati
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu menipu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih..
p/s: Aku pernah tulis pasal hati juga sebelum ni, tapi disini dan disini. Ayat-ayat cinta juga! Masya ALLAH..


No comments :
Post a Comment