..tapi tak bijaksana!
Knowledgeable but not wise.
Boleh kan?
Sekali lagi, ini bukan pengadilan, hanya cetusan rasa selepas tercetusnya tragedi.
Ini fenomena biasa. Aku kira ramai yang pernah berhadapan dengan keadaan-keadaan yang mendefinisikan suasana berilmu tapi tak bijaksana itu. Rasanya tak perlu aku contoh kan dengan keadaan apa-apa, cukup untuk di selami sahaja.
Apa agaknya ukuran berilmu itu? Segulung kertas di hari konvokesyen? Tindanan A dalam buku laporan tahunan? Tapi aku fikir itu tidak menjanjikan kita bijaksana. Aku menilai kebijaksanaan itu dalam pemikiran dan gerak akal dalam membuat keputusan. Maka, kebijaksanaan itu tidak terlahir dengan sekadar gulungan kertas itu. Tapi, seharusnya gulungan kertas yang kita lambung di hari konvokesyen itu membantu menjadikan kita lebih bijaksana, kan?
Asas kepada cerita aku ini adalah daripada sepotong ayat yang sangat menyedarkan..
"Yang tua dituakan, yang ketua, diketuakan.."
Kita mungkin tidak sebijaksana mereka, tapi dalam proses menjadi bijaksana itu, kita perlu lalui liku-liku dan salah silap yang mematangkan, kan? Ruang itu perlu, boleh dijustifikasi, tapi tidak perlu sampai menghakimi, menyamaratakan. Itu tidak patut, kan? Maksudnya, kalau aku salah, buktikan kesalahan itu, tapi tidak perlu generalize kan yang aku tidak boleh buat, kan?
Ada ketua yang tua juga! =)
Entah ya, tapi, aku fikir begitu.
Kamu, tahniah kerana bertanggungjawab.
It was really gutsy to admit our flaws.Bonus kepada yang bijaksana, kerana pengalaman itu banyak mendidik dan mematangkan. Salah satu proses membijaksanakan kita. Tapi itu bukan janji untuk kita menunjukkan besar kita. Kita mungkin pernah melalui juga
zaman-zaman tidak bijaksana. Kita manusia biasa, hanya Nabi Muhammad yang dijanjikan syumul, jadi layakkah kita besar kepala? Salah dan silap tidak pernah lekang daripada fitrah manusia, bukan begitu?
"Orang muda mungkin banyak ilmu, tapi kurang bijaksana. Moga
Allah terus mendidik orang muda seperti kita agar dengan ilmu yang ada, kita
membangunkan diri menjadi bijaksana, ameen." saifulislam.com
Bukan tua muda menjadikan kita bijaksana sebenarnya. Tapi secara fitrahnya, pengalaman hidup yang sekelumit menjadikan kita yang muda kurang bijaksana. Cara kita berfikir, mendepani masalah dan bertindak mengawal emosi juga indikasi kepada bijaksana.
Terpulanglah..
Ini negara, semua orang bebas bersuara.
Biar kan saja si luncai terjun dengan labu-labunya..

Ini bukan luncai, ya!
Rezeki ini janji Allah..
Golongan pencari rezeki bersama-sama aku
p/s: Gambar sekadar hiasan, tidak ada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang mati. *wink*