Thursday, July 1, 2010

Emel dari perempuan yang biasa-biasa

Warning: Please do not puke! And if you felt like this has nothing to do with you, please do not proceed reading. (Intan, I takut I pun ada musuh negara macam kamu :)

A forwarded email from a friend and I pasted it here for us to share. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.

Kenapa saya suka email ini?



Sebab saya perempuan yang biasa-biasa juga...

Specially dedicated to my dear friends, perempuan yang biasa-biasa yang biasa bersama saya..

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, awak.


Maaf, surat saya mungkin mengganggu masa awak. Tapi saya harap surat saya lebih-lebih lagi mengganggu jiwa awak. Mungkin itu tanda awak memberi perhatian. Akhirnya.

Awak, Saya suka awak, awak sedar tak? Saya cuma nak tahu, sebenarnya apa yang ada dalam hati awak? Biar saya yang terangkan apa yang ada dalam hati saya.

Saya bukan perempuan baik seperti yang awak sangkakan. Saya perempuan yang biasa-biasa, adakala hati saya juga kotor. Saya pernah tinggal solat dan saya kesal. Saya pernah berkasar dengan ibu bapa saya. Saya pernah menipu orang lain. Saya pernah pentingkan diri sendiri. Saya bukan perempuan sempurna yang awak nampak.

Tapi saya boleh janji, saya boleh cuba jadi lebih baik. Bukan untuk awak saja, tapi untuk semua orang. Dan untuk Tuhan. Saya sedang cuba.


Saya bukan pelajar pandai seperti yang awak sangkakan. Saya pelajar yang biasa-biasa, adakala otak saya juga kosong. Saya pernah jadi malas untuk belajar. Atau hilang semangat terus. Saya bukan pelajar cemerlang yang dapat gred paling tinggi.


Tapi saya boleh janji, saya boleh cuba jadi lebih pandai. Bukan untuk awak saja, tapi untuk semua orang. Dan untuk Tuhan. Saya sedang cuba.


Saya bukan perempuan cantik yang awak sangkakan. Saya punya rupa yang biasa-biasa, saya sedar diri. Saya tak pandai bersolek cantik seperti orang lain. Pakaian saya juga tidak terlalu cantik sebagaimana yang semua lelaki suka.


Tapi saya boleh janji, saya boleh cuba jadi lebih cantik, di dalam diri saya. Bukan untuk awak saja, tapi untuk semua orang. Dan untuk Tuhan. Saya sedang cuba.

Awak,

Saya tak minta harta awak. Saya tak minta untuk naik kereta awak walaupun kadang-kadang saya teringin juga. Saya tak minta awak bayar untuk makanan saya setiap kali kita makan bersama. Saya tak minta awak ambil hati saya dengan hadiah yang mahal-mahal. Hadiah yang murah-murah pun saya tak pernah minta. Hakikatnya hati saya sudah ada pada awak. Saya tak minta awak tanggung saya dengan harta awak yang awak dapat hasil daripada titik-peluh awak sendiri.

Tapi yang saya minta, awak letakkan peluang untuk saya bersama awak, mencari harta, harta dunia dan harta akhirat. Supaya kita dapat sama-sama membina hidup untuk Tuhan. Saya minta awak untuk terima kesediaan saya bersusah-payah bersama awak, sebab saya tahu awak juga punya cita-cita, punya angan-angan yang memerlukan awak bekerja keras. Saya minta awak benarkan saya bekerja keras bersama awak.

Saya tak minta semua masa awak. Saya tak minta awak habiskan seluruh saat setiap hari hanya untuk saya. Saya tak minta awak hanya bersama saya untuk kerja, makan, berehat atau berseronok. Saya tak minta awak dedikasikan seluruh masa dalam hidup awak untuk saya seorang kerana yang lebih berhak ialah Tuhan.


Tapi yang saya minta, awak lalui saat-saat dalam hidup awak dengan ingatan pada saya tak pernah hilang. Dan saya minta awak sedar yang setiap saat dalam hidup saya diiringi ingatan saya pada awak. Saya minta awak untuk menghayati keindahan hidup ini dengan memanfaatkan masa untuk diri awak sendiri, sebab saya tahu awak juga punya ibu, punya keluarga yang awak sayang, punya kawan-kawan yang awak hargai dan mereka pun tentu hargai awak. Saya tahu awak ada rancangan sendiri bagaimana awak mahu lalui hari-hari awak. Saya tahu juga yang masa awak milik Tuhan secara hakiki.

Saya tak minta segala cinta, jiwa dan nafas awak hanya untuk saya. Saya tak minta awak hanya tumpukan perhatian awak pada saya. Saya tak minta awak manjakan saya setiap masa. Saya tak minta awak hanya sukakan saya, cintakan saya. Tuhan lebih layak mendapat cinta awak. Dan cinta saya juga. Saya tak minta nafas yang awak hembuskan itu untuk saya. Saya tak minta awak rasa hanya saya seorang untuk awak. Sebab Tuhan juga ada untuk awak.

Tapi yang saya minta, awak akan tumpukan perhatian bila saya perlukan awak. Awak akan ada di sisi saya bila saya perlukan. Sebagaimana saya akan ada di sisi awak walau sesusah mana keadaan awak, bila awak perlukan saya. Saya minta awak untuk sukakan dan cintakan saya sesudah awak cintakan Tuhan. Kerana Tuhan. Saya minta awak manjakan saya sekali-sekala sebab saya perempuan biasa, yang ada naluri begitu.

Saya tak minta awak pandai serba-serbi, atau jadi alim ulama. Saya tak minta awak bimbing saya seluruhnya. Saya tak pernah minta awak khatamkan Kalam Tuhan dan ajarkan saya. Saya tak minta awak jadi cendekiawan sampai dikenali. Saya tak minta awak jadi hero di depan semua orang.

Tapi yang saya minta, awak izinkan kita untuk sama-sama belajar. Saya minta awak untuk biarkan kita saling membimbing satu sama lain. Saya minta awak untuk duduk bersama saya membaca Kalam Tuhan itu, kita tekuni bersama dengan penuh tawadhuk. Saya minta awak untuk sama-sama menggali ilmu, menjadi sama-sama pandai. Saya minta awak betulkan saya sebagaimana saya akan membetulkan awak. Saya minta awak jadi hero hanya di hati saya.

Awak,

Awak sedar atau tidak, hanya dengan senyuman awak, awak dah menerangi hati saya? Saya tak perlukan kata-kata manis panjang berjela untuk buat hati saya senang. Saya tak perlukan kata-kata pujukan bila saya sedih dan menangis. Saya tak perlukan kata-kata semangat bila saya hilang kekuatan. Saya hanya perlu senyuman awak.

Awak sedar atau tidak, hanya dengan pandangan mata awak, awak dah sampaikan seribu makna? Kalau saya tertanya-tanya apa yang awak fikirkan, saya akan faham melalui mata awak. Kalau awak tak senang, saya boleh nampak melalui mata awak. Kalau saya perlukan kekuatan, saya mencari-cari mata awak. Kerana mata itu Tuhan yang ciptakan untuk awak. Dan sebenarnya Tuhan lebih tahu apa yang ada di dalam mata awak. Cuma saya tak pernah dapat jawapan perasaan awak pada saya melalui mata awak. Macam mana awak sembunyikan? Atau sebenarnya memang perasaan itu tak pernah ada?

Awak sedar atau tidak, saya suka cara awak berdiam diri. Dan saya benci bila awak terlalu banyak bercakap. Sebab bila awak banyak bercakap, saya semakin suka awak. Suara awak, riak wajah awak, gelak ketawa awak. Bila awak berdiam diri, saya dapat kawal hati saya. Sebab saya tahu Tuhan menuntut kita menjaga hati jangan sampai tersasar. Tetapi Tuhan juga yang bukakan hati saya untuk menerima kehadiran awak. Cuma saya masih tertunggu-tunggu bila masanya awak akan menerima kehadiran saya.

Awak,

Saya tak boleh berjanji untuk pasti menjadi perempuan halal untuk awak. Sebab saya sedar jodoh akan ada hanya dengan keizinan Tuhan. Tapi saya boleh janji saya akan berdoa untuk itu, kalau awak mahu menerima saya. Saya juga tak boleh berjanji akan kekal menjadi isteri awak sampai bila-bila, andai kata kita mempunyai jodoh. Sebab saya sedar kita tak mungkin tahu bila kita akan bercerai maut. Tapi saya boleh janji saya akan berdoa untuk itu, kalau awak menikahi saya. Suatu hari nanti.

Awak, dengan nama Tuhan saya berdoa, agar awak memahami harapan saya. Dengan nama Tuhan saya semaikan perasaan ini, agar terbina ke jalan yang diredhai. Dengan nama Tuhan saya biarkan awak yang meletakkan keputusan, kerana saya telah letakkan keputusan saya. Dan dengan nama Tuhan, saya akan redha dengan apa yang ditentukan oleh-Nya.

Awak,

Saya suka awak, awak sedar tak? Saya cuma nak tahu, sebenarnya apa yang ada dalam hati awak?

Wassalam.


Nicely written, isn't it?


3 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wow cipz! sungguh pnjg pesanan 'SA' itu.
    Tapi so sweet la jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=224448443564

    Saya baru tahu, ini adalah notes/karya dr seorang motivator, Noor Laila Aniza Zakaria@penulis buku Indahnya Hidup Tanpa Derita.

    ReplyDelete